Selamat Datang ke SI KEMBAR

SEBAGAIMANA yang dijanjikan dan juga bagi meneruskan agenda Hasil Negeri Untuk Rakyat melalui Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor, kini didatangkan satu lagi skim yang dikhaskan untuk anak-anak kecil bawah 4 tahun, yang layak di Negeri Selangor.


Ibu bapa kanak-kanak di bawah usia 4 tahun yang menepati syarat, layak mendapat SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT.


SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT atau ringkasnya SI KEMBAR ini adalah satu lagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Janji Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk menambah program Merakyatkan Ekonomi Selangor dari semasa ke semasa terus ditunaikan.


Meneruskan dan menambah program tersebut adalah supaya rakyat Selangor dari pelbagai golongan masyarakat, tanpa mengira usia, bangsa, agama dan fahaman politik mendapat faedah semaksimum mungkin manfaat bagi menepati Hasil Negeri Untuk Rakyat. SI KEMBAR, manfaat untuk Si Kecil telah bermula dan akan dilaksanakan sehingga berjaya selagi

Video Sikembar

Berita Terkini

  • Skim Bantuan Asuhan Rakyat Untuk Ibu Tunggal, Bapa Tunggal dan Golongan berpendapatan rendah yang mendapat bantuan zakat dan JKM.   [2012/5/31]
    Rantaian Mesra Sdn Bhd telah membuka peluang kepada semua ibu tunggal. bapa tunggal dan golongan berpendapatan rendah yang telah mendapat bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diberikan bantuan sikembar (Skim Bantuan Asuahn Rakyat) untuk anak-anak mereka yang dihantar ke TASKA DI RUMAH atau TASKA INSTITUSI.

    Ibu dan bapa yang telah mendaftar anak-anak mereka ke TAWAS juga layak memohon untuk mendapatkan bantuan skim di atas.

    Sila hubungi pihak kami segera jika sekitanya tuan/ puan layak mendapatkan bantuan sikembar.

    Terima kasih.

  • Seramai 61 kanak-kanak layak mendapat bantuan sikembar   [2012/5/18]
    Semasa pelancaran Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) pada 6 Mei, 2012 seramai 61 kanak-kanak diluluskan untuk menerima bantuan ini daripada 13 Taska yang diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Bantuan berbentuk sumbangan RM100 setiap bulan ini akan dinikmat oleh penerima yang layak pada awal bulan Jun 2012. Terma kasih.

  • Skim Bantuan Asuhan Rakyat Adalah Berbentuk Sedekah Sungguh Mulia di Sisi Allah SWT   [2012/5/15]
    Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) adalah satu skim untuk membantu golongan fakir dan miskin, ibu tunggal dan bapa tunggal yang menghantar anak-anak mereka ke taska, dengan bantuan ini mereka boleh keluar bekerja . Bantuan berbentuk kebajikan ini sesuai dengan hadis-hadis Nabi SAW seperti dibawah :

  • Kerajaan Selangor Sediakan RM100 Bantuan Taska Pada Keluarga Miskin   [2012/5/7]
    SHAH ALAM 7 MEI : Bagi berjuta-juta ibu seperti perkerja kantin Umi Kalsum Harun, tekanan kos hidup yang semakin meningkat menjadi kekuatiran yang terpaksa dihadapi setiap bulan dengan suami.

  • SI KEMBAR Pertambahan MES   [2012/4/23]
    SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SiKEMBAR)adalah satu skim tambahan di dalam MES (Merakyatkan Ekonomo Selangor). Kerajaan negeri Selangor telah menunaikan janjinya kepada rakyat negeri dan merasai prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh mereka.

    Hasil Negeri untuk Rakyat bukan sekadar slogan, tetapi ia adalah tanggung jawab dan janji yang berat, di mana kini sedang diusahakan dengan penuh kesungguhan agar menepati slogan tersebuty di samping rakyat Selangor mendapat faedah maksimum dari Program Merakyatkan Negeri Selangor.

Makluman

  • Sistem Pengkalan Data Sikembar   [2012/6/7]
    Pihak RMSB sudah menerima satu sistem Pengkalan Data Sikembar yang akan mula diguna pakai selewat-lewatnya pada 20hb Jun 2012. Pihak RMSB sudah memulakan ujian kepada sistem tersebut bermula pada 07hb Jun sehingga 13hb Jun 2012.

    Buat masa ini sistem hanya dibuka untuk petugas-petugas RMSB sahaja sehingga diberitahu kelak.

    Pembayaran pertama untuk Sikembar sudah dikeluarkan dan sedia untuk dibuat penyerahan kepada Taska yang layak selewatnya 08hb June 2012.

  • Hanya untuk Warga Negara Malaysia   [2012/4/23]
     SKIM SI KEMBAR dikhaskan untuk warga negara Malaysia sahaja, sebagaimana program MES yang lain. Hanya warga negara Malaysia yang layak sahaja memperoleh manfaat dari semua program MES.




Pautan

img_180794f94ddcb5f339.png
img_288934f94e21787371.png
img_59514f94e8a573389.png
img_79004f94f137c0d3a.png



Selangorkini Atas Talian

Selangorkini edisi 1 Januari 2013

>> Arkib isu-isu SelangorKini : Klik sini

Berlanggan Info