Kata Alu-aluan

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Anak-anak adalah aset penting negara, khasnya Negeri Selangor. Mereka berhak mendapat manfaat dari program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Memandangkan kos menghantar anak ke TASKA memang tinggi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai ramai anak, maka Kerajaan Negeri Selangor melalui Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) berusaha membantu mengurangkan beban tanggungan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke TASKA, lebih-lebih lagi mereka yang berpendapatan kecil dan sederhana dan mempunyai ramai anak.

Skim Bantuan Asuhan Rakyat atau SI KEMBAR ini adalah salah satu program MES, bagi melaksanakan kelangsungan Hasil Negeri Untuk Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sentiasa prihatin dengan keperluan dan permasalahan rakyat Negeri Selangor, khasnya mereka yang berpendapatan rendah. Kerajaan Negeri Selangor juga berusaha berterusan agar hasil kekayaan negeri ini dapat dinikmati bersama dan berterusan oleh rakyat Negei Selangor bagi memenuhi matlamat Hasil negeri Untuk Rakyat.

Sebagaimana yang dijanjikan, dari semasa ke semasa program IPR akan ditambah, maka Kerajaan Negeri Selangor mengotakan janji tersebut dengan penubuhan dan pelaksanaan SI KEMBAR, satu lagi penambahan program MES.

Y.B. Puan Dr. Daroyah binti Alwi
EXCO Kesihatan, Kebajikan,
Hal-Ehwal Wanita dan Keluarga
Negeri Selangor


Share |

 



Program IPR - Sikembar

Menu Utama

Pautan

img_180794f94ddcb5f339.png
img_288934f94e21787371.png
img_59514f94e8a573389.png