Mengenali

BAGI memenuhi janji untuk menambah program Merakyatkan Ekonomi Selangor dari semasa ke semasa, kini didatangkan SI KEMBAR, ringkasan untuk SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT. Demi meneruskan agenda Hasil Negeri Untuk Rakyat, skim SI KEMBAR dikhaskan untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah yang dihantar ke TASKA atau Nurseri yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Bantuan yuran sebanyak RM100 tersebut dapatlah mengurangkan beban ibu bapa setiap bulan.


Share |

 



Program IPR - Sikembar

Menu Utama

Pautan

img_180794f94ddcb5f339.png
img_288934f94e21787371.png
img_59514f94e8a573389.png