Syarat & Prosedur

SI KEMBAR (SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT) mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

2. Sama ada:

a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Pendapatan seisi rumah menepati:

a) RM2,500 ke bawah yang menanggung 1 orang anak ATAU

b) RM3,000 ke bawah yang menanggung 2 orang anak

4. Suami dan isteri bekerja.

5. Menghantar anak ke TASKA / Nurseri.

6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah.


PROSEDUR PENDAFTARAN
1. Pendaftaran mestilah menggunakan Borang Asal SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR). Borang ini percuma.

2. Borang boleh didapati di pejabat pentadbir Skim ini iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

3. Borang juga boleh didapati di Pusat Khidmat DUN Selangor berhampiran tempat tinggal.

4. Dokumen berikut wajib ada semasa proses pendaftaran:

a) Salinan MyKad pemohon dan pasangan.

b) Salinan Sijil Kelahiran anak yang dipohon (berusia 4 tahun ke bawah sahaja).

c) Salinan slip gaji pemohon dan pasangan (sekiranya bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan swasta).

d) Pengesahan pendapatan dari ADUN/Nazir Masjid/Pengerusi Taman (sekiranya bekerja sendiri).

* Penting: Kesemua dokumen tersebut mestilah disahkan oleh Pusat Khidmat DUN Selangor.

5. Kelulusan akan diberi oleh pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)., pentadbir SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR).

PROSEDUR PENDAFTARAN

1. Setelah borang yang lengkap diterima, disahkan, diproses dan diluluskan, maka bayaran untuk SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR) akan didepositkan ke dalam akaun TASKA penerima.

2. Jumlah sebanyak RM100 akan didepositkan setiap bulan bagi setiap anak yang didaftarkan.

3. Kelulusan adalah untuk tempoh 1 tahun (Januari hingga Disember). Permohonan semula perlu dibuat setiap Januari setiap tahun.

4. Permohonan akan terbatal dengan sendirinya pada stiap 31 Disember atau apabila kanak-kanak mencecah 5 tahun pada tahun tersebut.

Sila klik di sini untuk muat turun brosur Skim Bantuan Asuahan Rakyat


Share |

 



Program IPR - Sikembar

Menu Utama

Pautan

img_180794f94ddcb5f339.png
img_288934f94e21787371.png
img_59514f94e8a573389.png