[ Makluman ]
Seramai 644 Kanak-Kanak Telah Mendapat Bantuan SiKEMBAR Sehingga Jun 2014
Posting pada:  2014/6/25 10:53:17 ( 820 kali di baca )

Sehingga Jun 2014 SiKEMBAR telah mendapat pendaftaran sebanyak 99 buah taska dan seramai 644 kanak-kanak telah lulus bagi bantuan pembayaran yuran taska ini. Sasaran skim bantuan asuhan rakyat ini adalah kepada ibubapa yang kedua-duanya bekerja dan menghantar anaknya ke taska atau pusat jagaan serta mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 seisi rumah.

Kepada ibubapa yang ingin mendaftarkan anaknya untuk skim bantuan ini haruslah pastikan taska atau pusat jagaan tersebut telah berdaftar dengan JKM seterusnya berdaftar dengan skim bantuan ini supaya permohonan ibubapa dapat diproses.

Share |





Program IPR - Sikembar

Menu Utama

Pautan

img_180794f94ddcb5f339.png
img_288934f94e21787371.png
img_59514f94e8a573389.png