[ Berita Terkini ]
Skim Bantuan Asuhan Rakyat Adalah Berbentuk Sedekah Sungguh Mulia di Sisi Allah SWT
Posting pada:  2012/5/15 11:10:00 ( 1447 kali di baca )

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) adalah satu skim untuk membantu golongan fakir dan miskin, ibu tunggal dan bapa tunggal yang menghantar anak-anak mereka ke taska, dengan bantuan ini mereka boleh keluar bekerja . Bantuan berbentuk kebajikan ini sesuai dengan hadis-hadis Nabi SAW seperti dibawah :

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Orang yang membantu perempuan janda dan orang miskin samalah seperti berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih dan seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka”(Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Si pemurah yang jahil lebih Allah cintai daripada ahli ibadah yang bakhil.”(Hadis Riwayat Al-Khatib)

Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :“Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”(Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)

Share |





Program IPR - Sikembar

Menu Utama

Pautan

img_180794f94ddcb5f339.png
img_288934f94e21787371.png
img_59514f94e8a573389.png