Posting pada:  2016/11/21 10:17:34 ( 175 kali di baca )

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) akan berada di SACC Convention Centre Shah Alam pada 27 November 2016 Jam 9 pagi sempena Hari Terbuka Tadika/Taska Tunas/SiKEMBAR Daerah Petaling bagi tahun 2016/2017. Orang ramai dijemput hadir untuk sesi taklimat berkenaan program-program anjuran Negeri Selangor bagi memperolehi informasi-informasi terkini & mengambil tahu cara-cara proses pendaftaran sekiranya mencukupi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Kami juga menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang hadir seperti pertandingan mewarna, persembahan & lain-lain. Terima Kasih.

Posting pada:  2014/12/3 11:56:42 ( 1649 kali di baca )

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) bagi tahun 2015 telah dibuka. Para ibubapa yang berminat untuk memohon bolehlah menghantar borang permohonan ke taska masing-masing atau terus ke pejabat kami di Rantaian Mesra Sdn Bhd (alamat seperti yang tertera di halaman depan). Pastikan taska atau pusat jagaan tersebut telah berdaftar dengan Skim Bantuan Asuhan Rakyat. Sila hubungi kami jika terdapat sebarang pertanyaan.

Posting pada:  2014/9/22 12:40:23 ( 667 kali di baca )

Untuk makluman warga Selangor, permohonan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) bagi Tahun 2014 telah pun ditutup, manakala permohonan bagi Januari 2015 pula akan mula dibuka pada Disember 2014. Terima kasih.

Posting pada:  2014/6/25 10:53:17 ( 800 kali di baca )

Sehingga Jun 2014 SiKEMBAR telah mendapat pendaftaran sebanyak 99 buah taska dan seramai 644 kanak-kanak telah lulus bagi bantuan pembayaran yuran taska ini. Sasaran skim bantuan asuhan rakyat ini adalah kepada ibubapa yang kedua-duanya bekerja dan menghantar anaknya ke taska atau pusat jagaan serta mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 seisi rumah.

Baca Seterusnya... | 590 bytes lagi
Posting pada:  2014/3/17 15:33:12 ( 884 kali di baca )

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) akan mengadakan Kursus KIPK (Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak) ke 4 pada 29-30 Mac 2014. Sesiapa yang berminat sila hubungi Rantaian Mesra Sdn Bhd 03-55103468 / 55103472. Sasaran pesrta kursus adalah mereka yang sedang membuka Taska Di Rumah yang tidak mempunyai Sijil Kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terima kasih




Program IPR - Sikembar

Menu Utama

Pautan

img_180794f94ddcb5f339.png
img_288934f94e21787371.png
img_59514f94e8a573389.png