Posting pada:  2013/9/23 12:00:00 ( 1873 kali di baca )

Bermula tahun 2013 dari bulan Januari sehingga Septermber 2013 sebanyak 51 taska yang telah mendapat bantuan SiKembar dengan jumlah keseluruhan kanak-kanak yang layak adalah seramai 269 orang.

Jumlah yang akan mendapat bantuan SiKembar akan bertambah kerana telah ada syarat baru yang telah diluluskan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang berkelayakan dengan syarat baru.

Posting pada:  2013/9/23 11:40:00 ( 2813 kali di baca )

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) telah mendapat kelulusan syarat-syarat baru untuk memberi peluang lebih luas lagi kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Taska yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Syarat-syarat baru tersebut adalah seperti berikut :

Pendapatan Seisi rumah :

1. RM 2,500 ke bawah yang menanggung anak paling kurang 1 orang.

2. RM 3,000 ke bawah yang menanggung anak paling kurang 2 orang.

Syarat-syarat lain adalah sama dengan syarat lama tidak ada perubahan.

Posting pada:  2012/5/15 11:10:00 ( 1428 kali di baca )

Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) adalah satu skim untuk membantu golongan fakir dan miskin, ibu tunggal dan bapa tunggal yang menghantar anak-anak mereka ke taska, dengan bantuan ini mereka boleh keluar bekerja . Bantuan berbentuk kebajikan ini sesuai dengan hadis-hadis Nabi SAW seperti dibawah :

Baca Seterusnya... | 1014 bytes lagi
Posting pada:  2012/5/7 13:00:00 ( 1453 kali di baca )

SHAH ALAM 7 MEI : Bagi berjuta-juta ibu seperti perkerja kantin Umi Kalsum Harun, tekanan kos hidup yang semakin meningkat menjadi kekuatiran yang terpaksa dihadapi setiap bulan dengan suami.

Baca Seterusnya... | 3447 bytes lagi
Posting pada:  2012/4/23 14:40:00 ( 955 kali di baca )

SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SiKEMBAR)adalah satu skim tambahan di dalam MES (Merakyatkan Ekonomo Selangor). Kerajaan negeri Selangor telah menunaikan janjinya kepada rakyat negeri dan merasai prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh mereka.

Hasil Negeri untuk Rakyat bukan sekadar slogan, tetapi ia adalah tanggung jawab dan janji yang berat, di mana kini sedang diusahakan dengan penuh kesungguhan agar menepati slogan tersebuty di samping rakyat Selangor mendapat faedah maksimum dari Program Merakyatkan Negeri Selangor.




Program IPR - Sikembar

Menu Utama

Pautan

img_180794f94ddcb5f339.png
img_288934f94e21787371.png
img_59514f94e8a573389.png